Melayu Banyak Bagi Muka Sangat Pada Sekolah Cina…

Pensyarah dan penceramah bebas, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah menasihatkan masyarakat Cina agar tidak terlalu banyak kerenah dalam isu sekolah aliran Cina.

Beliau menjelaskan bahawa kerajaan pimpinan orang Melayu terlalu banyak bertoleransi kepada sekolah berkenaan yang tidak pernah ada di negara lain kecuali Malaysia.

Dengan mengambil contoh isu guru Melayu yang ‘diserang’ oleh bapa murid ultra kiasu di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) di Mersing baru-baru ini, Ridhuan berkata insiden itu patut membuka mata semua pihak.

“Apakah ia tidak rasis, apabila guru besar ultra kiasu tersebut meminta guru berkenaan meletakkan jawatan dan meminta Pejabat Pendidikan Daerah supaya memindahkan guru berbangsa Melayu daripada berada di sana. Alasannya, guru Melayu tidak layak mengajar di sekolah Cina. Tidak kompeten, malas dan tidak memberi kerjasama.

“Saya tidak menuduh semua SJKC sebegitu, tetapi bagi sesiapa yang mengkaji dan mengikut perkembangan SJKC, persepsi sebegini memang suatu yang lumrah dalam kalangan mereka yang ultra kiasu,” kata Ridhuan Tee menerusi kolumnya di Sinar Harian hari ini.

Beliau turut berharap Kementerian Pendidikan (KPM) bertindak tegas dalam isu berkenaan kerana pertamanya ia akan meracuni pemikiran murid menjadi rasis dan guru Melayu yang ditindas itu sepatutnya dikekalkan, bukannya ditukar. sumber: kliksini

Advertisements

One thought on “Melayu Banyak Bagi Muka Sangat Pada Sekolah Cina…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s